Trailer ini merupakan harta pertama milik CLUMP yang menjadi kebanggaan warga post-grad
di sini telah dipamerkan semasa kenduri kesyukuran sempena kemerdekaan Malaysia pada
31 Ogos 2008 di rumah Asri/Natrah.. Hasil daripada sumbangan ahli-ahli CLUMP, maka
trailer yang berharga $1345.00 (harga kilang dalam kotak- siap dipasang dalam masa
2 jam oleh Chief Engineer Wak Korjo dan rakan-rakan) telah menjadi kenyataan.. Kos
lain ialah pendaftaran dan WOF yang berjumlah $125.00.
Penghargaan kepada Penghulu CLUMP- abang Din, Bendahari - Nizam, Mantan Penghulu-Sopi,
Mayor Christchurch/Lincoln- Saadon (Pegawai Penjaga), DO Lincoln - Halim, serta semua
warga CLUMP yang telah menyumbang harta dan tenaga (kalau nak sebut semua tak muat
page ni!).
Trailer tersebut boleh digunakan oleh mana-mana ahli secara percuma (tertakluk kepada
tempahan - kalau orang lain tak tempah). Mana-mana pelajar baru UC/LU akan dikenakan
bayaran $30 sebagai yuran keahlian seumur hidup CLUMP dan dapat kemudahan sewa trailer
percuma selama 3 tahun berada di Christchurch (kalau extend , maka kemudahan juga
di-extend!).